Monday, October 11, 2010

ANEKA PETUA

HILANGKAN PARUT JERAWAT

Parut jerawat tentu memcacatkan penampilan anda. Untuk mengatasinya amb
il kulit kayu manis dan rendamkan seketika. Kemudian, gosok pada lesung baru sehingga halus. Selepas itu, sapu pada jerawat. Lakukan selalu pada waktu malam dan dicuci pada keesokkan pagi. Hasilnya amat memuaskan. Malah parut jerawat anda akan hilang.


AIR BERAS HILANGKAN PANAU

Kebanyakan wanita zaman ini amat mementingkan kulit wajah yang sentiasa sihat tanpa panau, jerawat mahu pun jeragat. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah yang berkaitan seperti ini, ikutlah petua ini. Ambil air beras yang baru sahaja dibasuh. Sebelum dilumur dibahagian kulit yang berpanau hendaklah berselawat tiga kali. Lakukannya pada setiap malam. Insya-Allah, anda akan mendapat hasil yang memuaskan.


KULIT LEBIH HALUS

Selain mandi susu, anda boleh mencuba cara ini untuk mendapatkan kulit lebih cerah dan halus. Kupas ubi kayu. Kemudian cuci hengga bersih. Parut dantapis airnya. Bolehlah digunakan keseluruhan badan. Biarlah seketika. Kemudian bilas dengan air suam dan mandi seperti biasa.


BUANG ANGIN DAN LEGAKAN BISA TULANG

Caranya, ambil segenggam garam kasar. Goreng tanpa minyak di atas kuali sehingga kekuningan. Kemudian letakkan dia atas kain dan di ikat. Tuamkan/tunku di seluruh badan anda. Amalkan selalu, anda akan lihat hasilnya.


CEGAH RAMBUT GUGUR

Rambut gugur memang bermasalah. Namun ada caranya. Perah tiga biji limau nipis. Campurkan dengan dua biji telur putih. Ratakan di seluruh bahagian rambut. Biarkan selama dua jam kemudian, baru cuci bersih.



BERAS LEMBUTKAN KULIT MUKA

Ambil segenggam beras lalu ditumbuk sehingga betul-betul hancur. Campurkan sedikit perahan limau kedalamnya.Kemudian gosok ke seluruh ruang muka anda selama setenggah jam, barulah dibilas dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu. Insya-Allah, kulit muka anda licin dan gebu.


MERAWAT CEKAM IBU JARI KAKI


Jika anda pernah menghadapi masalah sakit ibu jari kerana cekam, cuba ambil minyak wangi tanpa mengira jenama. Sapukan pada ibu jari kaki yang sakit. Sapulah setiap hari insya-Allah rasa sakit yang abda hadapi akan sembuh.






Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan.
Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Badan Ringan Dan Bertenaga

Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghindari Penyakit Kulit
Jika terlalu banyak tidur pada siang hari adalah dikhuatiri boleh mendatangkan penyakit-penyakit kulit. Oleh itu elakkan dari banyak tidur di siang hari.

Melebatkan Rambut
Masukkan air yang betul-betul sejuk ke dalam lubang yang ditebuk pada batang pisang yang telah ditebang. Selepas beberapa ketika dimasukkan ke dalam lubang, air itu diambil dan gosokkan di kepala. Atau anda lubangkan tunggul batang pisang yang ditebang. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya anda akan dapati ia dipenuhi dengan air yang sangat sejuk. Ambil dan sapukan air tersebut pada rambut. Buatlah tiap-tiap hari, InsyaAllah berkesan.

Sumpahan Ular dan Lipan
Apabila kita terjumpa ular jangan kita sebut ular sebaliknya panggillah "Akar Rotan". Bila jumpa lipan pula, jangan dipanggil lipan sebaliknya "Tukang Lauk". Dengan panggilan tersebut, kedua-dua binatang itu menjadi lemah, lesu dan tidak bermaya.

Sihat Zahir Batin Selepas Bersalin
Mengikut cara org tua-tua, semasa dalam pantang jangan sekali-kali tidur terlentang kerana takut kesihatan zahir batin terganggu. Sebaliknya, semasa dalam pantang hendaklah tidur bersandarkan bantal dan jangan makan makanan yg berminyak. Selepas pantang kelak, anda akan kelihatan segar dan berseri dengan mengamalkan petua ini.

Minuman Dimasuki Lalat
Jika lalat jatuh ke dalam minuman, rendamkan terus lalat itu kemudian buangkan. Air itu selamat untuk diminum.
(Intipati dari hadis)

Petua Memotong Kuku
Hendaklah dimulakan dari jari telunjuk kanan hingga ke jari kelingking dan seterusnya jari kelingking kiri ke ibu jari tangan kiri. Akhir sekali ibu jari tangan kanan. Semua kuku yang sudah dipotong hendaklah ditanam. Mudah-mudahan kita mendapat berkat di dunia dan akhirat. Hari baik memotong kuku ialah Jumaat, Isnin dan Khamis.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Mengetahui Jantina Anak dalam Kandungan
Perhatikan kedua-dua buku lali isteri anda. Jika kelihatan licin dan putih berseri berkemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan. Segalanya dengan izin Allah.

Naikkan Seri Wajah
Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

Petua Mengasah Pisau /Senjata
Jangan diasah senjata seperti parang dan pisau sewaktu perut terlalu kenyang. Semasa mengasahnya, mata hujungnya jangan dihalakan ke badan kita. InsyaAllah selamat.

Mengelak Badan Lemah

Jangan makan banyak makanan yang serba masam, nanti badan jadi lemah.

Mencari Atau Mengingati Sesuatu Benda Yang Terlupa
Adakalanya kita terlupa dimana letaknya barang yang kita simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun dimana juga. Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah & mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini insyaAllah barang yang anda cari ataupun apa saja yang anda terlupa akan anda jumpa/ingat semula. Amalkan membaca SELAWAT ( berulang-ulang kali ) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran mengingati kembali bilakah waktu akhir anda nampak/pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda ( maksudnya belum musnah/dicuri orang ). Cubalah sendiri dan dengan kuasa Allah anda akan menemui apa yang anda cari. Petua ini telah saya amalkan dan setakat ini sungguh berhasil sekali.

Petua Awet Muda dari Ustaz Ismail Kamus
1. Melambatkan minum air setelah makan - minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). Minum setelah setengah jam selepas makan.
2. Rajin-rajin baca Al-Quran. - niat ikhlas kerana Allah.
3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.
4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah malam - sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakan wudhunya di waktu musim sejuk.
5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah. - kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya.
6. Mulakannya sesuatu urusan dengan 'nawaitu' yg baik dan niat kerana Allah.

Menghilangkan Rasa Pening Kepala
Setiap kali mandi, anda haruslah mengambil air dari hujung rambut anda. Ambil air tersebut sapu ke muka dari bawah ke atas sambil membaca selawat ke atas nabi. InsyaAllah, sekiranya petua ini diamalkan anda akan merasai perubahannya.

Petua Menyarung Kain Batik
Mungkin anda tidak terfikir bahawa cara menyarung pakaian juga mempengaruhi seri wajah seseorang. Satu petua orang tua-tua yang boleh diamalkan ialah ketika menyarung kain batik, jangan sesekali menyarungnya dari kepala ke bawah. Sebaliknya sarunglah kain batik bermula dari kaki. InsyaAllah seri muka tidak hilang.

Untuk Senang Tidur Malam
Bagi sesiapa yang mungkin mempunyai masalah sukar tidur malam,mungkin boleh cuba petua ini. Jika dapat, biarkan kita tidur dalam keadaan sekeliling kita penuh suasana kebiruan seperti cadar, sarung bantal dan sebagainya. Warna biru dikatakan dapat menenangkan fikiran. Sebelum tidur pula,ambil lemon dan belah dua. Cium bau lemon tadi dan letakkan lemon tadi dibahagian kepala kepala. Insyaallah, boleh memudahkan tidur.Tapi jangan lupa adab tidur sekali.

Kesan Melecur:
Kesan melecur akan memberi masalah kepada kita terutama jika ia meninggalkan kesan parut. Cara terbaik menyembuhkan kesan melecur ialah dengan mengambil beberapa helai daun sirih segar, kemudian perah airnya dan campurkan dengan sedikit madu. Sapukan pada tempat yang melecur itu. Lakukan tiga kali seminggu dan seterusnya hingga kesan melecur itu sembuh.
Putihkan Kuku:
Memiliki kuku yang berkilat adalah idaman setiap wanita. Apatah lagi setelah kuku tersebut kotor terkena arang atau getah yang sukar ditanggalkan. Cara membersihkannya adalah dengan melumurkan kuku anda dengan sikit minyak kelapa. Setelah itu cuci kuku dengan sabun. Kemudian ambil sebiji limau nipis dan dipotong. Lumurkan isi limau nipis itu pada kuku dan biarkan seketika. Anda akan dapati kuku berkilat dan bersih.
Kempiskan Perut:
Untuk mengempiskan perut buncit bagi wanita ialah dengan cara ini. Ambil kira-kira dua genggam lada hitam kemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan sebiji ragi tapai, digaul bersama cuka bercampur air asam jawa. Bila ramuan sudah sebati, barulah disapukan pada parut. Amalkan selalu.
Jika Kaki Terseliuh:
Rendam kaki yang sakit ke dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit garam. Setelah itu balutkan kaki tadi dengan kain dan letakkan sedikit halia yang telah ditumbuk. InsyaAllah, kaki akan merasa lega.
Tumit Kaki Merekah:
Ambil beberapa biji buah betik muda. Dibasuh terlebih dahulu kemudian cucuk-cucuk kulit betik tersebut untuk mendapatkan susu getah pada kulit tersebut. Sapukan susu getah betik pada tumit kaki yang merekah. Biarkan sehingga benar-benar kering. Sebaiknya gunakan sebelum anda mandi untuk mendapatkan kesan yang memuaskan. Amalkan setiap hari.
Keringkan Susu Ibu:
Ambil tiga helai daun pucuk ubi diramas bersama kapur sehingga mengeluarkan air. Sapukan pada payu dara. InsyaAllah, air susu akan kering, ia sesuai untuk ibu-ibu yang ingin menghentikan penyusuan atau kematian bayi semasa lahir bagi mengelakkan bengkak susu.
Atasi Bau Badan:
Mandi susu juga boleh dilakukan bagi mengatasi bau badan. Didalam tab mandian berisi air suam, campurkan bersama susu soya, susu kambing, madu dan aroma terapi secukupnya. Kemudian berendamlah selama 10-15 minit. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk hasil terbaik. Selain menghilangkan bau badan, ia juga dapat menenangkan dan menghaluskan kulit anda.

No comments:

Post a Comment

Naik Train Kat Bukit Bendera...

Naik Train Kat Bukit Bendera...