Tuesday, October 12, 2010

PANDUAN SOLAT HAJAT

IBADAT : SOLAT SUNAT HAJAT

Dalil Solat Hajat:
عن عبد الله بن ابي اوفي ان النبي (ص) قال : من كان له الي الله حاجة او الي احد من بتي ادم ، فليتوضأ وليحسن الوضوء وليصل ركعتين ثم ليثن علي الله وليصل علي النيي (ص) ثم ليقل : لا اله الا الله رب العرس العضيم والحمدلله رب العلمين اسألك موجبات رحمتك وغزائم مغفرتك، والغنيمة من كل بر والسلامة من كل ذنب ، لا تدع لي ذنبا الا غفرته ولا هما الا فرجته ولا حاجة هي لك رضا الا قضيتها يا ارحم الراحمين .
( رواه الترمذي )
Maksudnya : Abdullah bin Aufa meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda : Sesiapa yang ada hajat kepada Allah atau kepada seseorang daripada anak Adam, hendaklah menyempurnakan wuduknya. Kemudian hendaklah solat 2 rakaat serta memuji AllahS.W.T. , Bersalawat kepada Rasulullah & berdoa : " Tiada tuhan selain Allah yang mempunyai Arasy yang Maha Agong & segala puji-pujian untuk Allah Tuhan semesta alam. Aku memohon rahmatmu, keampunanmu, mendapat semua kebaikan & selamat daripada segala dosa. Ampunilah dosaku, hilangkanlah kesusahanku, penuhilah hajatku yang Engkau redai, Ya Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihi"



• Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat
• Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
• Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah
( cara paling ringkas) ialah :


1. Lafaz Niat Solat Hajat :
اصلي سنة الحاجة ركعتين لله تعالي
Maksudnya : Sahaja aku Solat Sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala
Bilangan Rakaat :
2. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :
a. Baca doa iftitah
b. Baca Al Fatihah
c. Baca Surah Al Kafirun 1 kali
d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
3. Pada Rakaat Kedua
a. Baca Al Fatihah
b. Baca Surah Al Ikhlas
c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
d. Membaca Tahiyat Akhir
4. Memberi Salam
5. Berdoa selepas memberi salam :
a. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
b. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, Dijauhkan dari maksiat dll


Nota Tambahan : Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir
tetapi berdoa di dalam hati sahaja ( tidak boleh dilafazkan krn
masih lagi berada didalam solat- batal solat jika melafazkannya )

: Hajat Juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas
memberi salam ( boleh melafazkannya krn telah keluar dari solat)





Perbezaan antara solat hajat dan solat Rawatib

Perkara Solat Hajat Solat Rawatib
Masa Boleh dilakukan pd bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan. Afdal di;alukan pada pertengahan malam Dilakukan mengiringi solat fardu iaitu sebelum dan selepas solat fardhu[kecuali subuh dan asar, hanya disunatkan sebelum solat fardu
Bilangan Rakaat Boleh dilakukan dua, empat atau dua belas rakaat Dilakukan dua atau empat rakaat sahaja
Doa Terdapat doa khusus yang ma’thur Tidak terdapat doa khusus
Cara Boleh dilakukan secara berjemaah Hanya dilakukan secara bersendirian

No comments:

Post a Comment

Naik Train Kat Bukit Bendera...

Naik Train Kat Bukit Bendera...