Sekelumit petikan rencana mengenai bahaya perokok!
Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
* Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
* Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
* Jagalah mereka, sayangi mereka.
* Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
* Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
* Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
No comments:
Post a Comment