Tuesday, October 12, 2010

CERPEN: AKU BUKAN PILIHAN HATIMU

aku bukan pilihan hati mu -


Aku melangkah perlahan2 menghampiri kereta yg sedia menanti ku sedari bas yg ku naiki menurunkan ku. Aku menghadiahkan senyuman semanis mungkin buat insan yg teramat ku sayangi. Billy membukakan pintu kereta. Sebelum aku memboloskan diri ke dalam keretanya, sebuah ciuman hinggap di pipi ku. Aku tersenyum senang. Billy duduk di kerusi pemandu. Dia leka merenung muka ku membuatkan aku semakin hairan.

‘kenapa?’ aku menyoal lembut. Ini bukanlah kebiasaannya merenungku sedemikian. Seolah-olah dia mengerti ini adalah kali terakhir kami bertemu.

‘rindu’ dia membalas lembut. Terharu aku mendengarnya. Sebuah ciuman sekali lagi hinggap di dahi ku. Kali ini lama bibir itu singgah seolah-olah x ingin di lepaskan. Hati ku tersayat pilu. Berat hati ini ingin menuturkan kata-kata perpisahan, namun aku terpaksa menguatkan semangat ku. Aku menarik nafas, berat, lalu ku hembus perlahan. Aku menarik billy ke dalam pelukan ku. Memeluknya erat, mungkin inilah pelukan terakhir ku untuknya. Ya, inilah yg terakhir kerana aku akan meninggalkan semua yg ku sayangi di sini.

‘kenapa mengeluh ne? ada masalah?’ billy menyoal ku. Dia melepaskan pelukan lalu merenung muka ku yg keruh. Aku membalas renungannya. Mata sepet itulah yg sering ku rindui. Wajah cina itulah yg membuatku sentiasa bahagia dan ceria. Aku membelai wajah itu dengan lembut. Menarik hidung mancungnya. Aku ketawa kecil. Setitis airmata mengalir. Pilu di hati ini hanya ALLAH yg tahu.

‘kenapa menangis ne?’ billy merenungku serius. Aku sudah terlalu masak dengan perangainya, tidak senang jika melihat dan mendengar aku menangis. Perlahan, jemari kasar itu menyapu airmata ku yg semakin lebat mengalir. Billy mengucup kedua-dua belah mata ku. Semakin lebat airmata ini mengalir melihat kemesraan yg di tunjukkan billy.

‘billy, berat hati ne nak menuturkan apa yg bakal lailee katakan, tapi lailee harap billy terima semua ne dengan terbuka kerana apa yg lailee lakukan adalah untuk kebaikan semua pihak. Billy tahukan lailee sayang sangat ngan billy?’ billy mengangguk. Aku menyambung bicara.

‘kerana sayang inilah lailee buat keputusan ne. berat lailee nak tuturkan tapi lailee kena hadapi jugak. Billy, lailee harus pergi dari sini. Di sini tiada sesiapa yg menunggu lailee. Lailee x kuat tok hadapi semua ne sendirian.’

‘siapa cakap lailee sendirian? Billy kan ada? Cat ada, meow2 pn ada. Kenapa nak tinggalkan tempat ne? lailee nak tengok billy jadi gila kerana terlalu merindui lailee?’ billy menyoal ku bertubi-tubi.

‘lailee pernah cakap kan, andai lailee dah x boleh bertahan dengan semua kepedihan di hati ini, lailee akan membawa diri ke tempat laen meninggalkan semua kenangan yg x sepatutnya lailee kenang.’

‘jadi billy ne apa? Lailee x bahagia ngan billy ke? Bukankah billy penah cakap, kalau lailee sedih, lailee ingat billy je.’

‘billy insan yg lailee sayang sangat. Tapi mengingati billy jugak menyakitkan. Billy bukan milik mutlak lailee seorang, lailee harus berkongsi billy ngan org laen. Semakin hari, perasaan lailee semakin terdera ngan semua ne. lailee x sanggup jadi pelakon lagi, sakit hati lailee bila mengenangkan billy bahagia dengan orang laen. Setiap kali billy keluar dengan dia, lailee sering memendam perasaan. X sanggup rasanya melihat billy bersama dia. Lailee jugak x sanggup melukakan perasaan dia. Lailee sedih bila billy ceritakan pada lailee bila dia baca mesej-mesej billy tok lailee. Lailee rasa bersalah bila billy ucapkan kata-kata ‘I love u’ pada lailee sedangkan dia billy x pernah ucap pun. Mana letaknya nurani lailee andai lailee sanggup merampas billy dari dia? Lailee wanita billy, lailee tahu macam mana sakitnya bila di perbuat seperti itu.’

‘kebahagiaan kita juga lailee patut ambik kira. Billy xnak kehilangan lailee. Billy benar-benar menyayangi lailee.’

‘tp billy x sanggup lepaskan dia kan?’ billy diam.

‘hubungan kita dah terlalu jauh billy. Lailee takut lailee x boleh lepaskan billy nanti. Bila semua itu berlaku, billy harus memilih antara kami berdua. Lailee xnak benda 2 berlaku, sebab 2 lailee nak mengundurkan diri sekarang. Sakit billy bila menyedari yang lailee ne bukan pilihan hati billy. Apa guna billy menyayangi mencintai lailee andai dia tetap pilihan hati billy? Lailee tahu, hati billy telah lailee miliki tapi raga billy, bukan milik lailee. Billy bahagia bersama lailee tapi dia tetap menjadi pilihan billy. Jadi untuk apa lailee ne billy?’ aku menghamburkan semua yg terbuku di dalam hati. Sekian lama aku memendam perasaan ini, hari ini aku akan meleraikan semua kekusutan yg beraja di hati. Billy hanya mendiamkan diri, tidak pernah menyampuk atau mencelah kata-kataku.

‘I love u billy, all my heart and soul. Sejak kenal billy, hidup lailee happy sangat. Sejak menjadi sebahagian dalam hidup billy, lailee jadi lupa lailee pernah kecewa dulu. Perlahan-lahan, lailee buang kisah cinta lailee yg sarat dengan sejuta kekecewaan. Billy membawa seribu kebahagiaan dalam hidup lailee. Billy basuh luka lama dengan kasih sayang billy. Billy belai lailee dengan kelembutan, menyayangi lailee tanpa batas. Lailee bersyukur sangat sebab lailee di anugerahkan billy dalam hidup lailee. Tapi billy, lailee terlupa billy bukan di ciptakan untuk lailee. Lailee lupa bagaimana hendak menukarkan rasa cinta ini kepada rasa benci. Mengenali billy membuatkan lailee lupa untuk menbenci.’

‘lailee, billy x sanggup kehilangan lailee dalam hidup billy.’ Aku lihat mata itu merah menahan tangis.

‘lailee pun tapi kita x boleh terus-terusan macam ne billy. Billy x kesian ngan dia ke?’

‘billy gembira bila bersama lailee. Lailee fikir billy gembira ke dengan dia?’

‘tapi itu pilihan billy.’ Kami membisu seketika. Yg kedengaran hanya esak tangis yg mengisi ruang. Billy mencapai jemari ku. Mengucup jemari itu perlahan.

‘lailee minta maaf andai lailee pernah melakukan kesalahan antara sedar atau pun x. halalkan makan dan minum lailee ye? Ini kali terakhir kita bertemu. Jangan cari lailee lagi lepas ne. boleh lailee minta tolong untuk kali terakhir?’ billy mengangguk.

‘tolong berikan surat ne untuk meow2, yg ne untuk cat, dan yg ne tok billy. Baca bila dah sampai rumah billy ye? Pesan kat meow2, surat yg 1 lg 2 beri kat mama di kg.’ aku menyerahkan sampul surat tersebut 1 persatu ke tangan billy. Aku merenung sepuas-puasnya wajah itu sebelum membuka pintu kereta. Billy menarik ku ke dalam pelukan. Airmata ku tumpah sekali lagi. Aku melepaskan pelukan billy, andai di biarkan aku pasti lemah dengan pujukan billy.

‘bye billy. I love u.’ aku meninggalkan billy. Melangkah lesu tanpa memikirkan kemungkinan laen. Kedengaran membingit hon kereta namun aku tidak peduli. Aku menoleh billy untuk kali terakhir. Ku lihat billy berlari ke arah ku dengan cemas. Dia menjeritkan nama ku berkali-kali. Aku hairan. Hon semakin membingit. Tiba-tiba dapat ku rasakan sesuatu yg keras melanggar tubuhku. Kurasakan tubuh ku melayang-layang seiringan dengan teriakan keras billy memanggil nama ku. Lenguh seluruh tubuh ku rasakan. Terasa sesuatu mengalir di kepala ku. Panas. Mata ku berpinar-pinar namun aku masih sedar saat billy memeluk tubuhku. Aku tersenyum padanya sebelum menutup mata.
################################################## ###################################

No comments:

Post a Comment

Naik Train Kat Bukit Bendera...

Naik Train Kat Bukit Bendera...